Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jabatan Penerangan sambut Israk Mikraj

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri kelmarin telah mengadakan sambutan Israk dan Mikraj secara maya.

    Hadir semasa majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

    Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Khusyuk Dalam Sembahyang’ yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

    Peristiwa Israk dan Mikraj juga merupakan mukjizat besar Nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan pengubat duka selepas kewafatan isteri Baginda, Sayyiditina Khadijah dan bapa saudara Baginda, Abu Thalib. 

    Semasa Israk Mikraj itu juga Rasulullah SAW bertemu para nabi terdahulu sebelum mendapat perintah sembahyang lima waktu dan diperlihatkan nikmat syurga dan azab neraka.

    Penceramah juga menyampaikan enam tips untuk mendapatkan khusyuk dalam solat mengikut Imam Ghazali iaitu Hudhur Al-Qalb (hadirkan hati) dengan membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan solat dan tidak ada hubungan dengan Allah; kedua Tafahhum (memahami) untuk cuba memahami segala makna yang dilafazkan dalam solat seperti bacaan Al-Fatihah dan lain-lain; ketiga At-Ta’dzim (mengagungkan Allah), Al-Haibah (merasa gerun kepada Allah), Ar-Rajaa’ (berharap kepada Allah) dan Al-Haya’ (malu).

    Penceramah turut mengingatkan maksud hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Amalan yang pertama dihisab daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah sembahyang. Jika baik sembahyangnya maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak sembahyangnya, maka rosaklah seluruh amalannya.”

    Haji Shahrul Jeffri bersama warga Jabatan Penerangan semasa menyertai sambutan Israk Mikraj yang diadakan secara maya, baru-baru ini.- Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...