Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Jabatan Penjara raikan bakal haji

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Jabatan Penjara mengadakan Majlis Doa Selamat bagi meraikan dua orang pegawainya iaitu Awang Mahani bin Mahari dan Awang Abdul Wafi bin Ma’amor yang akan menunaikan fardu haji ke Mekah tahun ini bagi.

Majlis berlangsung di Dewan Bukit Pantai Penjara Jerudong dan dihadiri oleh Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat, Pemangku Timbalan Pengarah Penjara, Poh Eng Hua, para pegawai kanan serta kakitangan jabatan berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin diketuai oleh Guru Agama Penjara Jerudong, Haji Azmin bin Haji Tapau dan disusuli dengan penyampaian sumbangan cenderahati daripada Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Penjara kepada bakal-bakal jemaah yang diraikan sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat untuk memohon keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala agar kesemua bakal jemaah haji mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan urusan serta akan beroleh haji yang mabrur.

Haji Ismail menyampaikan sumbangan cenderahati kepada dua pegawai Jabatan Penjara yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini.
Haji Ismail menyampaikan sumbangan cenderahati kepada dua pegawai Jabatan Penjara yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -