BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-34 tahun, Jabatan Perkhidmatan Pos memaklumkan orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di semua cawangan akan ditutup pada 23 dan 24 Februari ini.
Sehubungan itu, perkhidmatan kaunter akan beroperasi semula pada hari Isnin, 26 Februari 2018. Jabatan Perkhidmatan Pos dalam kenyataannya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.