Jabatan Siasatan Jenayah pindahkan perkhidmatan dan pengurusan sementara

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, telah memaklumkan pemindahan sementara perkhidmatan dan pengurusan di Jabatan Siasatan Jenayah.

Kenyataan menyatakan, urusan Sijil Kelakuan Baik akan ditempatkan sementara di ruang legar Ibu Pejabat Polis, Jalan Tungku Gadong dan akan beroperasi dari 8 pagi hingga 11 pagi dan 2 petang hingga 3 petang.

Perkhidmatan yang melibatkan ikat jamin pula akan ditempatkan sementara di Pos Keselamatan Ibu Pejabat Polis dan beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:45 petang hingga 4:30 petang.

Manakala itu, sebarang persuratan yang ditujukan ke bahagian atau unit di bawah Jabatan Siasatan Jenayah boleh dibuat menerusi alamat Ibu Pejabat Polis Gadong, BE2110, Negara Brunei Darussalam dan boleh dihubungi menerusi talian 2459500 sambungan 796 atau 797.