Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Ukur muncul juara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Pasukan Jabatan Ukur muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Orang Sepasukan, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di Bawahnya yang melabuhkan tirainya hari ini.

    Perlawanan tersebut yang berlangsung di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah telah dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Suhaimi bin Haji Gafar, yang sekali gus menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Lim Sui Kau Alice; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Suhaimi menyampaikan hadiah kepada wakil juara Pasukan Jabatan Ukur.

    Juara telah berjaya mengalahkan Pasukan Pejabat Ketua Pengarah dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan jaringan 4-1, sekali gus meletakkan pasukan itu naib johan.

    Kejohanan yang bermula pada 11 Ogos yang lalu, dianjurkan bersama oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR dan disertai oleh 12 kumpulan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

    Kejohanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.Selain meningkatkan tahap kecerdasan mental dan fizikal, memupuk sikap bekerjasama, berkomunikasi dan semangat berpasukan antara sesama mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda