Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Kursus Asas Haji (KAH) Tahun 1444H/2022M akan diadakan dalam enam sesi iaitu pada 2, 9, 16, 23, 30 Oktober dan 6 November ini.
Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengumumkan kursus akan diadakan di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Hassanal Bolkiah, Kam-pung Perpindahan Mentiri; dan Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kampung Rimba.
Manakala bagi Daerah Tutong kursus akan diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Daerah Belait ialah di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait dan Masjid Zainab, Lumut.
Sementara itu, di Daerah Temburong pula di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar Temburong.
Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengikuti kursus itu pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.