Jabeur buat kejutan singkirkan Andreescu

MONTREAL, 13 OGOS – Pemain Tunisia, Ons Jabeur berjaya menyingkirkan lawan yang merupakan pemain pilihan kedua dan juara bertahan, Bianca Andreescu dari kejohanan gelanggang keras WTA di Montreal dengan keputusan 6-7 (5/7), 6-4, 6-1, kelmarin.

Kejutan di pusingan ketiga terganggu dua kali akibat hujan turun ketika juara Birmingham, Jabeur – wanita Arab pertama memenangi gelaran WTA – menewaskan lawannya dari Kanada itu buat kali kedua.

Terdahulu, pemain pilihan utama, Aryna Sabalenka menewaskan pemain ranking ke-220, Rebecca Marino 6-1, 6-3 dalam masa sejam.

Jabeur memenangi perlawanan ke-36 pada musim ini, kedua terbaik semasa Jelajah di belakang Sabalenka yang mencatatkan 37 kemenangan. Pemain pilihan ke-13, Jabeur berjaya memenangi set ketiga, meraih mata perlawanan kedua.

Dia menewaskan bekas juara Terbuka AS, Andreescu sebanyak enam kali.

Reaksi Ons Jabeur selepas memenangi set kedua ketika menentang juara bertahan, Bianca Andreescu di kejohanan WTA Montreal, baru-baru ini.- AP

“Perlawanan yang hebat,” kata Jabeur. “Perlawanan yang sukar. Saya mengetahui bermain menentang Bianca di Montral, Kanada, akan menjadi satu pertemuan sukar,” tambahnya
Jabeur berkata dia merasakan lawannya itu merasa keletihan, menerima rehat untuk mendapatkan bantuan perubatan pada akhir set kedua selepas terjatuh.

“Saya rasakan dia merasa sedikit keletihan,” kata Jabeur. “Saya dapat melihat semasa set kedua. Ia adalah suatu perkara biasa. Sejujurnya, saya tidak memberikan perhatian mengenai lawan saya. Saya lebih memberi tumpuan kepada diri saya, apa yang patut saya lakukan.

“Saya benar-benar fokus untuk membuat pukulan yang lebih baik, servis lebih baik. Ia membantu saya pada set ketiga.”

Jabeur akan bertemu pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula, yang memerlukan enam mata untuk melepasi rakan senegaranya, Danielle Collins 6-4, 3-6, 7-5.

Collins tiba di Montreal dengan mencatatkan dua kemenangan berturut-turut di Palermo dan San Jose, namun gagal menewaskan Pegula. – AFP