Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jabeur mara ke separuh akhir

    NEW YORK, 7 SEPT – Pemain Tunisia Ons Jabeur menjadi wanita Afrika pertama dalam sejarah mara ke separuh akhir Terbuka AS kelmarin, manakala pemain Perancis Caroline Garcia menamatkan harapan pemain remaja Amerika Coco Gauff untuk mara ke empat terakhir.

    Jabeur, yang juga mencatat kemenangan pertama pada Julai sebagai wanita pertama dari Afrika yang mara ke final di Wimbledon, meraih kemenangan 6-4, 7-6 (7/4) ke atas pemain Australia, Ajla Tomljanovic.

    Pemain berusia 28 tahun itu akan berdepan Garcia pada peringkat separuh akhir selepas pemain pilihan ke-17 yang beraksi dengan cemerlang menewaskan Gauff yang berusia 18 tahun 6-3, 6-4 pada satu lagi suku akhir kelmarin.

    Tomljanovic mara ke suku akhir selepas menundukkan Serena Williams di pusingan ketiga, yang kemungkinan besar merupakan perlawanan terakhir juara Grand Slam 23 kali itu sebelum bersara.

    Tetapi kempen pemain Australia kelahiran Croatia itu terhenti apabila menentang pemain pilihan kelima, Jabeur.

    Aksi Ons Jabeur membalas pukulan Ajla Tomljanovic semasa suku akhir kejohanan tenis Terbuka AS di New York, Selasa, 6 September 2022. – AP

    Pemain Tunisia itu menyerang sejak awal dan tidak pernah berputus asa. Jabeur berkata dia keyakinannya meningkat sejak mara ke final Wimbledon, di mana dia ditewaskan dalam tiga set oleh pemain Kazakhstan, Elena Rybakina.

    Jabeur lebih dikenali sebagai seseorang yang mesra oleh peminat di Tunisia kerana dia mampu memberi kegembiraan kepada penduduk semasa beraksi di atas gelanggang.

    Bagaimanapun Jabeur mengakui dia telah membiarkan kekecewaannya menguasai dirinya kelmarin, apabila dia memukul raketnya dalam rasa kecewa beberapa kali selepas batuk beberapa kali dihentikan servis pada set kedua.

    “Ia sangat sukar untuk menangani kekecewaan. Saya minta maaf atas kelakuan saya.

    Saya mahu kekal tenang berbanding menghempas raket.” – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...