Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jabeur mara pusingan kedua jelajah WTA

    MONASTIR, 5 OKT – Bintang tenis Tunisia, Ons Jabeur mara ke pusingan kedua kejohanan di Monastir awal kelmarin selepas melakar kemenangan straight set ke atas pemain Amerika, Ann Li.

    Diletakkan selaku pilihan utama, Ons yang juga finalis di Wimbledon dan Terbuka AS tahun ini, menang 6-2, 6-3 dalam saingan jelajah WTA pertama yang dianjurkan di Tunisia itu.

    Pemain nombor dua dunia itu mengambil masa 73 minit untuk men-yingkirkan lawannya di ranking ke-67 dalam pertemuan pertama mereka.

    Kejohanan Monastir, yang diadakan di Tunisia, hanyalah kejohanan profesional wanita kedua yang dianjurkan di benua Afrika selepas Rabat di Maghribi.

    Ons sangat popular di Afrika utara, dan pemain nombor dua dunia itu berharap untuk mara ke final dan menang di Monastir sekali gus menggembirakan rakyat Tunisia.

    Pemain berusia 28 tahun itu, yang bercita-cita menjadi contoh terbaik bagi semua golongan muda yang mengikutnya, sudah memenangi tiga gelaran WTA termasuk dua gelaran tahun ini di Madrid dan Berlin.

    “Golongan muda mesti memperoleh keyakinan diri untuk mencapai cita-cita mereka,” kata pemain yang digelar sebagai ‘Menteri Kebahagiaan’ di Tunisia yang ketika dilanda krisis politik. – AFP

    Aksi Ons Jabeur mengembalikan bola kepada pemain AS An Li semasa kejohanan Terbuka WTA Jasmin di bandar Monastir pada 4 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...