Jabeur tembusi ranking 10 teratas

INDIAN WELLS, 15 OKT – Ons Jabeur berjaya menembusi kedudukan 10 teratas dan mara ke pusingan separuh akhir di kejohanan Indian Wells WTA selepas mencatatkan kemenangan 7-5, 6-3 ke atas Anett Kontaveit, semalam.

Jabeur kini mendahului jelajah dengan 48 kemenangan pada musim ini ketika dia cuba meraih kejuaraan kedua dalam kariernya selepas memenangi kejohanan terdahulu awal tahun ini di Birmingham.

“Permainan saya tidak berubah,” katanya. “Saya ingin memperbaiki banyak perkara.”

Jabeur dari Tunisia, akan bertemu sama ada Paula Badosa atau pemain pilihan ke-10, Angelique Kerber untuk kedudukan di final. Kerber adalah pemain pilihan tertinggi yang tinggal dalam undian selepas beberapa kejutan awal pada minggu ini.

Kemenangan Jabeur mengesahkan kedudukannya melonjak ke kedudukan 10 teratas dalam ranking dunia buat kali pertama dalam kariernya.

Reaksi Ons Jabeur meraikan kemenangan selepas berjaya mengalahkan Anett Kontaveit di Indian Wells WTA, kelmarin. – AP

“Sangat luar biasa. Saya telah berusaha keras.

“Pada penghujung tahun lalu saya berkata saya ingin berada di kedudukan 10 teratas. Ramai yang meragui kebolehan saya. Saya telah berusaha keras,” katanya.

Acara WTA dan ATP Masters kebiasaannya dilangsungkan pada Mac, namun kembali pada musim luruh ini setelah dua setengah tahun digantungkan kerana pandemik koronavirus.

Jabeur kini berjaya menewaskan Kontaveit tiga kali daripada empat pertemuan, termasuk kemenangan di Cincinnati pada musim panas.

Kontaveit dari Estonia, menerima kekalahan dan menjadikannya sebagai satu pengalaman, memenangi 16 perlawanan termasuk dua kejuaraan di Cleveland dan Ostrava, Republik Czech. Jabeur mendapati pukulan servis pertamanya dalam perlawanan ketiga dari pusingan suku akhir berada di hadapan 2-1.

Dia menundukkan Kontaveit di set kelima dan sekali lagi di perlawanan ke-11 untuk mendahului 6-5. – AFP