Jack Ma bersara

SHANGHAI, 10 SEPT – Jack Ma bersara hari ini sebagai pengerusi Alibaba, menamatkan kepimpinan selama 20 tahun di mana syarikat e-dagang bekas guru Bahasa Inggeris itu meninggalkan kesan yang mendalam ke atas ekonomi China.

Ma, yang menyambut hari jadi ke-55 hari ini, menyerah kawalan syarikat yang ditubuhnya kepada sekumpulan eksekutif yang diketuai oleh CEO Daniel Zhang.

Ma berhasrat menyalurkan kekayaannya bernilai AS$41 bilion dalam projek-projek amal seperti pendidikan.

Persaraan beliau menandakan era baharu untuk syarikat yang menggunakan wadah perbelanjaan pengguna yang besar di China, mewujudkan peluang baharu untuk pelbagai perniagaan besar dan kecil, dan membantu memperkukuh peranan utama internet dalam kehidupan harian warga China.

Kefasihan beliau dalam Bahasa Inggeris, kunjungan ke me-rata dunia dan telatahnya yang suka bergurau menghapus imej eksekutif perniagaan China yang membosankan, justeru membe-rikan wajah berkarisma kepada dunia.

“Latar belakang beliau sebagai guru Bahasa Inggeris, bergabung dengan karisma baharu termasuk kelucuan telah memantapkan kedudukan beliau sebagai wajah usahawan China di luar negara,” kata Duncan Clark, penulis ‘Alibaba: The House That Jack Ma Built.’

“Pengaruhnya sebagai simbol keusahawanan China tidak ada tandingannya.” – AFP

Gambar fail bertarikh 15 Mei 2019 menunjukkan Jack Ma tiba untuk Sidang Kemuncak ‘Tech for Good’ di Paris. – AP