Jack Ma undur sebagai presiden sekolah perniagaan elit

BEIJING, 24 MEI – Bilionair China, Jack Ma (gambar), pengasas syarikat gergasi e-dagang, Alibaba akan berundur sebagai presiden sekolah perniagaan elit yang diasaskannya selepas tersepit dalam kawalan ketat Beijing ke atas syarikat teknologi besar, Financial Times (FT) melaporkan hari ini.

Ma, salah seorang bekas ahli perniagaan cemerlang China, sudah pun hilang daripada khalayak ramai semenjak sayap syarikat teknologi kewangan Alibaba disiasat dan didenda oleh pengawal atur atas dakwaan amalan monopoli.

Laporan FT memetik sumber mengatakan Universiti Hupan – sebuah akademi elit bagi eksekutif perniagaan China diasaskan di bandar kelahiran Ma, Hangzhou dalam 2015 – sudah pun menukar namanya dan akan menstrukturkan semula kurikulumnya.

Ma tidak akan memegang jawatan pada peringkat tinggi organisasi yang distrukturkan semula itu, menurut laporan itu, ketika Beijing berusaha mengehadkan pengaruhnya.

“Hupan seperti sebuah komuniti elit, ia merupakan salah sebuah daripada sasaran pihak berkuasa,” salah seorang rakan yang bekerja dengan Ma, dipetik sebagai berkata oleh FT. – AFP