Jack Marriott wira Derby

LONDON, 16 Mei – Jack Marriott menjaringkan dua gol apabila dia memulakan dan menamatkan kebangkitan dramatik yang menyaksikan Derby County menewaskan Leeds United 4-2 awal pagi tadi bagi melengkapkan agregat 4-3 dalam kebangkitan luar biasa untuk mara ke final playoff Championship Inggeris.

Bekas pemain Chelsea dan England, Frank Lampark kini hanya satu perlawanan lagi untuk membawa Rams kembali ke Liga Perdana dalam musim pertamanya sebagai pengurus, dengan Aston Villa menjadi lawan mereka di Wembley pada 27 Mei.

Leeds, mempunyai kelebihan 1-0 dari perlawanan pertama, menjaringkan gol pertama di depan penyokong sendiri di Elland Road.

Tetapi gol pertama Marriott sebelum rehat telah memberikan Rams kembali dalam persaingan dan dia menyudahkan perlawanan dengan menjaringkan gol sekali lagi lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Kemenangan Derby menjadi lebih menarik memandangkan skuad Lampard berada di kedudukan terakhir playoff, tempat keenam.

“Saya berkata kepada para pemain bahawa semua orang telah mengetepikan kami. Kami memerlukan para pemain menunjukkan keberanian mengawal bola dan mereka berjaya melakukannya,” kata Lampard kepada Sky Sports.

“Kami perlu menikmati saat ini tetapi kini perlu membuat persiapan bagi Aston Villa, namun kami masih bukan pasukan pilihan.”

Bos Leeds, Marcelo Bielsa jelas kecewa atas kegagalan pasukannya memanfaatkan penguasaan separuh masa pertama.

“Kami seharusnya menghasilkan perbezaan besar dalam separuh masa pertama,” katanya. – AFP

Penjaga gol Leeds cuba merebut bola kawalan penyerang Derby, Jack Marriott dalam aksi menarik di Elland Road. – AP