Jackie Chan batalkan lawatan ke Vietnam

HANOI, 8 NOV – Lawatan yang dirancang oleh bintang filem kung-fu Jackie Chan ke Vietnam untuk aktiviti amal telah dibatalkan ekoran reaksi hebat online berkaitan tuntutan Beijing terhadap Laut China Selatan.

Pelakon Hong Kong itu dijangka melawat Hanoi pada 10 November untuk menyokong ‘Operation Smile’, badan kebajikan yang memberikan pembedahan percuma kepada kanak-kanak dengan kecacatan wajah. Namun rancangan tersebut dibatalkan selepas ribuan pengguna Facebook membanjiri laman badan kebajikan itu apabila lawatan diumumkan minggu lalu.

Beberapa komen mereka mendakwa Chan telah bercakap dalam menyokong dasar garis sembilan sengkang China, alasan untuk tuntutan wilayah di laut yang kaya dengan sumber itu. Bagaimanapun, Chan belum menyatakan sokongan awam secara terbuka terhadap dasar maritim kontroversi itu.

Vietnam Malaysia, Filipina, Taiwan dan Brunei mempunyai tuntutan dalam jalan air yang bertindan dengan China, sumber ketegangan di rantau.

Mengeluarkan satu kenyataan hari ini kerana gagal ‘meramalkan reaksi’ penduduk Vietnam, badan kebajikan itu menegaskan kerja mereka ‘bukan bersifat politik.’ “Kami meminta maaf…’Operation Smile’ tidak akan menganjur mana-mana aktiviti dengan penglibatan Chan di Vietnam, kata mereka.

Vietnam adalah salah satu pengkritik paling lantang Beijing berhubung isu Laut China Selatan. – AFP

Gambar fail bertarikh 12 Jun menunjukkan aktor Hong Kong Jackie Chan menghadiri sidang media yang mempromosi pengeluaran album solo baharu ‘I Am Me’ di Taipei. – AFP