Jackie Chan nafi dikuarantin akibat jangkitan koronavirus

Khabar angin mengatakan pelakon Jackie Chan terkena virus korona atau Covid-19 bertebaran sejak minggu lalu.

Ia berpunca daripada video yang tular memperlihatkan aktor itu berada di sebuah majlis yang turut dikawal oleh polis.

Tidak lama kemudian, pihak berkuasa Hong Kong mengesahkan seramai 59 petugas terkena jangkitan daripada majlis berkenaan.

Tidak mahu peminat bimbang, Jackie Chan menerusi Instagram miliknya tampil menjelaskan khabar angin itu.

Jackie berkata, dirinya berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Terima kasih atas kebimbangan semua! Saya baik-baik dan sihat sahaja,” tulisnya.

Malah, bintang Drunken Master itu turut menafikan dia dikuarantin seperti berita sebelum ini.

“Jangan khuatir, saya tidak dikuarantin. Saya harap anda semua jaga diri dan berada dalam keadaan baik.

Sebelum ini, media memberitahu berita Jackey Chan dikuarantin tidak benar.

Menerusi laporan itu, restoran yang dihadiri Jackey Chan dan polis yang terkena jangkitan itu dua lokasi berbeza. – Agensi