Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Jaclyn Victor tidak janjikan gelaran juara

    Penyanyi Jaclyn Victor menganggap tuduhan kononnya dia menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) selepas dipujuk dan dijanjikan gelaran juara oleh pihak produksi.

    Sebaliknya kata Jaclyn, 44, dia menyertai GV9 disebabkan mahu terus berkarya selain diberikan kebebasan oleh pihak produksi untuk mempamerkan kebolehannya sebagai seorang penyanyi.

    “Saya tahu biasanya GV ini untuk penyanyi yang lama tetapi sebenarnya perkara itu telah berubah dan sekarang ia bukan lagi seperti itu.

    “Apabila saya dengar penjelasan mengenai program ini, pihak produksi memberitu GV adalah platform terbaik untuk saya buat apa yang saya nak. Betul juga, mana ada tempat boleh buat apa kita mahukan.

    “Tapi GV menjadi tempat yang membolehkan saya buat apa sahaja, saya diberikan kebebasan untuk berkarya. Itulah yang membuatkan saya bersetuju menerima tawaran tersebut,” katanya.

    Jaclyn Victor membuat kejutan apabila mun-cul sebagai salah seorang peserta Gegar Veganza musim kesembilan. – Agensi

    Jaclyn ditemui selepas sidang media mengumumkan 13 peserta GV9 yang bakal berentap bermula pada 18 September ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

    Selain Jaclyn dan Dina, 37, peserta lain yang menyertai pertandingan itu adalah Dina Nazir, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Tom, Pat candy, Asheed DEF GAB C, Roy Kapilla, Fuad Rahman Hazrul Nizam, Haida, dan VE.

    Sementara itu, kemunculan Jaclyn dan Dina Nazir dilihat akan membangkitkan kembali persaingan sengit ketika kedua-dua penyanyi itu berentap dalam program Malaysian Idol pada 2004.

    Bertemu kembali ‘musuh’ tradisinya itu, Jaclyn, berkata, dia tidak pernah menganggap Dina sebagai musuh apatah lagi menyimpan perasaan buruk di antara satu sama lain malah menghormati kredibiliti dan bakat besar sahabatnya itu sebagai penyanyi. -Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...