Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jacqueline Fernandez nafi bercinta dengan mafia

    Nama pelakon terkenal Bollywood, Jacqueline Fernandez menjadi sebutan warganet selepas terkait kes penggubahan wang haram yang dilakukan oleh kekasih gelapnya dikenali Sukesh Chandrashekar, baru-baru ini.

    Terbaharu, foto Jacqueline bersama lelaki misteri itu tular dalam laman media sosial yang memperlihatkan pasangan tersebut berpelukan dan dilihat sangat intim.

    Sedangkan sebelum ini, Jacqueline membantah keras dakwaan kononnya mereka berkawan rapat dan sedang bercinta.

    Malah, Jacqueline juga menafikan dirinya terbabit dalam kes penggubahan wang haram itu dan memberitahu hanya menjadi mangsa. Katanya, dia hanya menerima hadiah-hadiah daripada Sukesh dan tidak mengetahui sumber kewangan yang digunakan oleh lelaki itu.

    Antara hadiah yang diberikan Sukesh ialah kuda, anting-anting berlian, kereta, kasut dan banyak lagi barangan berjenama mewah.

    Di India, Sukesh dikenali sebagai seorang mafia dan didakwa menipu lebih 100 orang pada tahun 2007.

    Manakala Jacqueline pula merupakan seorang pelakon terkenal yang dikatakan menerima bayaran tertinggi untuk sesuatu projek lakonan. – Agensi

    Jacqueline Fernandez menjadi sebutan warganet selepas terkait kes penggubahan wang haram yang dilakukan oleh kekasih gelapnya dikenali Sukesh Chandrashekar. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...