WARREN, MICHIGAN, 3 SEPT – Seorang pegawai polis di pinggir bandar Detroit disanjung sebagai wira kerana menyelamatkan nyawa seorang anak damit lelaki berusia 18 bulan selepas dia memberhentikan sebuah kereta kerana memandu laju.
Pegawai Jabatan Polis Warren, Brenden Fraser sedang memerhatikan pemandu yang terganggu baru-baru ini apabila dia memberhentikan sebuah Chevrolet Camaro yang sedang dipandu laju pada anggaran 120-129 kilometer sejam.
“Anak damit saya hampir mati!” kata ibu anak damit itu kepadanya.
Fraser melihat anak damit itu berubah menjadi biru dan matanya bertukar posisi ke belakang.
“Saya melihat ke dalam, dan mendapati ada seorang anak damit yang mengalami kecemasan perubatan apabila bapa saudaranya menyerahkannya kepada saya,” kata Fraser. “Terdapat pelbagai jenis air liur di sekitar mulutnya. Nampaknya dia mungkin tercekik, jadi saya meletakkannya di lengan saya, dan saya memberikan beberapa tekanan pada belakangnya apabila saya dapat merasakan air liur dan muntah mengalir ke lengan saya,” tambahnya.

Tindakan itu membuatkan anak damit itu bernafas semula.
“Melihatnya sekarang, ia agak menggembirakan, tetapi pada masa itu tidak banyak yang difikirkan selain bergantung kepada latihan,” kata Fraser.
Pesuruhjaya Polis Warren, William Dwyer berkata anak damit lelaki itu telah dikeluarkan dari hospital dan berada di rumah bersama keluarga. Beliau memuji Fraser atas pemikiran dan tindakannya yang pantas.
“Tindakan pegawai Fraser ini sungguh berani, wira,” katanya dalam satu kenyataan.
“Insiden ini menunjukkan bahawa kerja polis dan pemberhentian trafik bukan selalunya tentang menulis saman atau membuat tangkapan.”
Keluarga itu tidak dikenal pasti secara terbuka. – AP