Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jadikan Al-Quran pendamping hidup

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Sempena memperingati Nuzul Al-Quran yang akan disambut pada 2 Mei ini, Masjid Batu Marang mengadakan ceramah agama bertajuk ‘Sejarah Nuzul Al-Quran’, semalam.

    Hadir di majlis berkenaan ialah penasihat-penasihat masjid iaitu Ketua Kampung Batu Marang, Haji Maidin bin Tarip, Pengiran Haji Merali bin Pengiran Ismail, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, para Muslimah masjid, jemaah dan penduduk kampung.

    Ceramah telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Haji Samali bin Haji Adam,

    Dalam ceramah itu, beliau menekankan bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW.

    “Al-Quran bersifat mulia itu diturunkan pada bulan yang mulia, bulan Ramadan dan kepada Insan yang mulia iaitu Rasulullah untuk disampaikan kepada seluruh manusia agar menjadi mulia sesuai sifat Al-Quran.”

    Jemaah masjid dan penduduk kampung semasa mendengarkan ceramah Nuzul Quran.

    Tegasnya lagi, manusia yang faham tentang hakikat penurunan Al-Quran sewajarnya berusaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai pendamping diri dalam kehidupannya.

    “Ke mana pun hala tuju kehidupannya, seorang itu tidak akan meninggalkan Al-Quran kerana kesempurnaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat terletak pada Al-Quran,” ujar Haji Samali.

    Beliau juga berkata, generasi ketika ini adalah generasi beruntung, kerana Al-Quran itu amat mudah didapatkan. Tidak seperti generasi awal Islam yang hanya memperoleh cebisan-cebisan ayat Al-Quran ditulis pada kulit-kulit kayu, batu atau tulang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda