Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jadikan Al-Quran sahabat sejati

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Al-Quran jika dibaca secara istiqomah menjadikan sahabat untuk diri sendiri, maka barang siapa yang membacanya, sudah setentunya syafa’at yang berterusan akan mendampinginya, menemaninya hingga akhir hayat.

    Ini dijelaskan oleh Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit dalam tazkirah subuh bertajuk ‘Al-Quran Sahabatku’ di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pagi tadi.

    “Alhamdulillah, di Negara Brunei Darussalam budaya membaca Al-Quran terus diperkaya dengan amalan membaca Surah Al-Fatihah ketika memulakan tugas, sebelum ke pejabat, menaiki kenderaan di baca Al-Quran, apatah sebelum mesyuarat dan acara-acara dimulakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

    “Cara kita menjadikan Al-Quran sahabatku ialah dengan mentadabur atau mendalami makna ayat-ayat Al-Quran seperti melalui tafsir maudhu’ie atau dikenali juga dengan tafsir tematik,” kata Pengiran Haji Amiruddin.

    Pengiran Haji Amiruddin menyampaikan tazkirah Subuh bertajuk ‘Al-Quran Sahabatku’ di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pagi kelmarin.

    Tazkirah Subuh itu merupakan program mingguan kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Dakwah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar ’Ali Saifuddien.

    Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin OKML Haji Yusof dan Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja’ah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda