Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Jadikan ART lebih mudah

-

Saya sering membaca mengenai sumbangan yang diberikan kepada kementerian relevan di dada-dada akhbar, yang barangannya termasuklah makanan dan alatan perubatan serta pelbagai lagi barangan lain.

Salah satu barangan disumbangkan yang menarik perhatian saya ialah Antigen Rapid Test (ART) atau alat calitan (swab) pantas bagi mengesan COVID-19.

Ya, syarikat-syarikat besar kebanyakannya menyumbangkannya, mungkin mereka mendapatkannya dengan harga borong dan syabas saya ucapkan kepada mereka kerana memberikan sumbangan itu yang amat berguna kepada kementerian relevan.

Bagi rakyat marhaen, ART masih lagi agak tinggi harganya namun ada kalanya terpaksa menggunakannya untuk memastikan diri bebas COVID-19 berbanding mendapatkan swab percuma di Bridex dan hospital-hospital yang memerlukan orang ramai membuat perjanjian kemudian terpaksa dikuarantin sehari atau dua hari sebelum keputusannya keluar yang mungkin menyukarkan sedikit mereka yang bekerja.

Pada saya, harga peralatan ART mungkin boleh dikurangkan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya dan memastikan diri bebas COVID-19.

Dan mungkin juga syarikat-syarikat boleh memborongnya dengan harga lebih murah untuk kegunaan syarikat terutamanya mereka yang sering berdepan dengan orang ramai, agar ia boleh digunakan setiap minggu, sekali gus memastikan kemaslahatan pekerja dan syarikat terbabit.

Mungkin agak membebankan syarikat tetapi agak berbaloi untuk digunakan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Uri

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -