Jadikan motivasi buru gelaran

BERLIN, 8 Mac – Niko Kovac menyatakan pemain bintang Bayern Munich, Thomas Mueller, Jerome Boateng dan Mats Hummels menggunakan masa sebaiknya selepas diketepikan oleh jurulatih Jerman, Joachim Loew dan menggunakannya sebagai motivasi untuk memburu gelaran Bundesliga.

Juara bertahan, Bayern yang kini menghuni tangga kedua di belakang Borussia Dortmund dengan hanya berbeza gol, menerima kunjungan Wolfsburg esok.

Ia merupakan perlawanan pemanasan badan sebelum saingan Liga Juara-Juara peringkat 16 bagi perlawanan timbal balik di tempat sendiri menentang Liverpool Rabu depan susulan keputusan seri tanpa jaringan di Anfield.

Menurut Kovac, Mueller Boateng dan Hummels boleh melepaskan kekecewaan mereka ketika beraksi menentang Wolfsburg selepas diberitahu oleh Loew kelmarin bahawa masa depan mereka bersama Jerman terhenti.

“Saya tahu pemain saya merasa kecewa, terutama sekali selepas digugurkan pada usia 29 atau 30 tahun,” jelas Kovac.

Kovac ketika tiba di stadium bagi perlawanan antara Borussia Moenchengladbach dan Bayern Munich pada minggu lalu. Kovac menggesa tiga bintang Bayern yang digugurkan daripada pasukan Jerman untuk terus bekerja keras dan menjadikannya sebagai motivasi. – AP

“Saya rasa ia tidak betul. Tetapi meletakkan kekecewaan di belakang mereka jadi mereka akan memberikan yang terbaik dalam perlawanan nanti.”

Mueller, yang membuat penampilan ke-100 buat Jerman, menjaringkan 38 gol sepanjang kariernya dan berkata dia marah dan kesal terhadap keputusan Loew.

Hummels membidas cara mengendalikan keputusan itu dan menyifatkannya sebagai ‘tidak adil’ dan ‘tidak dapat difahami’.

“Sudah tentu ia masih bermain-main di kepala mereka dan kami telah berbincang mengenainya tetapi ia sudah lepas,” kata Kovac.

“Bayern adalah masa depan, ia boleh dipengaruhi oleh mereka.

“Jika mereka fokus terhadap perkara itu, mereka mampu mempamerkan prestasi yang mantap tetapi mereka mempunyai kualiti untuk beraksi untuk negara mereka.”

Bayern berpeluang untuk menghuni persada Bundesliga buat pertama kali sejak September lalu selepas bersaing dengan Dortmund yang akan menerima kunjungan Stuttgart esok. – AFP