Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jadikan pesta Kaamatan wadah perpaduan rakyat Sabah

    KENINGAU, 1 MEI – Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun wajar dijadikan wadah perpaduan untuk semua rakyat Sabah yang berbilang latar belakang terutama generasi muda, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata dengan hanya bersatu dan bekerjasama rakyat Sabah mampu memajukan negeri ini, dan tidak sekali-kali tergugat dengan perbezaan kaum, agama atau budaya yang boleh memisahkan mereka.

    “Perpaduan dan kerjasama amat penting dan ia tidak boleh diketepikan sebagai sesuatu yang remeh. Di Sabah, rakyat kita yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan mempunyai semuanya wujud bersama secara harmoni sejak bergenerasi.

    “Perkahwinan campur telah melihat keluarga pelbagai kaum dan kepercayaan menjadi sebagai satu keluarga besar dan kita telah dapat menerima dan menghormati antara satu sama lain, justeru sambutan Pesta Kaamatan ini sebagai wadah untuk perpaduan antara kita,” katanya hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 dengan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

    Datuk Seri Hajiji Noor memukul gong sebagai simbolik perasmian sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah. – Bernama

    Hajiji berkata sejak kecil rakyat Sabah membesar dengan kehidupan aman harmoni dengan rakyat berbilang latar belakang, justeru mana-mana pihak yang memainkan perbezaan kaum, agama, budaya mahupun politik perlu ditolak sebelum ia meruntuhkan perpaduan yang telah dipupuk.

    Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat Sabah untuk bersama dengan Kerajaan Sabah ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) kini bagi memajukan Sabah dengan pelbagai perancangan diatur terutama pelan pembangunan lima tahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

    “Dengan semangat Kaamatan, kita bersama meningkatkan pengeluaran padi dan hasil pertanian lain. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM561.81 juta untuk pertanian iaitu sektor produktif menyediakan makanan untuk rakyat, pekerjaan dan perniagaan serta bekalan bahan mentah sektor pembuatan,” katanya.

    Ketua Menteri berkata segala usaha telah diambil untuk memastikan Sabah menggandakannya pengeluaran makanan semasa menjelang 2030. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...