Jadikan ujian ART satu budaya

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Ujian pantas antigen (ART) yang dijalankan ke atas kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan setiap dua minggu sekali setakat ini tidak ada melaporkan sebarang kes positif.

Walau bagaimanapun, ujian ART yang dilakukan di sektor swasta telah mendapati kes-kes positif COVID-19. Namun ia tidak bermakna para petugas di sektor kerajaan akan
terkecuali daripada jangkitan COVID-19.

Perkara tersebut adalah antara yang dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

Oleh itu, Yang Berhormat Dato menyarankan agar ujian ART dijadikan sebagai budaya dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga diri sendiri dan masyarakat di sekeliling.

Maka tabiat melakukan ujian ART tersebut perlulah dilakukan sekerap yang mungkin dan semampunya, tambah Yang Berhormat Dato.