SEPANG, 25 APRIL – Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Perseku-tuan Kuala Lumpur (PSBWPKL) bimbang Kejuaraan Cub Prix Malaysia pusi-ngan ketiga yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 23 Mei ini akan terjejas sekiranya kes COVID-19 di negara ini terus meningkat.
Presidennya, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata selain itu, jika kes jangkitan terus menunjukkan peningkatan, ia juga mungkin menjejaskan penganjuran pusingan-pusingan seterusnya dengan yang terakhir dijadual pada Disember nanti.
“Apa pun saya dan pihak PSBWPKL agak lega kerana dua pusingan perlumbaan Cub Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah pun berlangsung pada 20 hingga 21 Mac dan 3 hingga 4 April lepas,” katanya pada majlis berbuka puasa PSBWPKL di Paddock Chalet, SIC di sini, semalam. – Bernama