Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jadual lawatan Meghan dipendekkan

    SYDNEY, 21 Okt – Duchess of Sussex, Meghan Markle yang ketika ini sedang hamil terpaksa memendekkan jelajah pertamanya selepas permulaan yang sibuk dalam lawatan ke Australia dan Pasifik Selatan bersama Duke of Sussex, Putera Harry.

    Jelajah tersebut merupakan acara yang sangat sibuk, di mana pasangan diraja itu dijangka akan menghadiri lebih 70 pertemuan semasa lawatan 16 hari ke empat buah negara.

    Meghan, yang dijangka akan melahirkan anak pada musim bunga, tidak menghadiri acara di Sydney awal pagi hari ini di mana Putera Harry menghadiri kejohanan berbasikal di Sukan Invictus.

    Beliau kemudiannya menyertai Putera Harry untuk menyaksikan acara kapal layar dan makan tengah hari dihoskan oleh Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.

    “Selepas program yang sibuk, Putera Harry dan Meghan Markle memutuskan untuk memendekkan jadual Meghan dalam tempoh beberapa hari ke depan, menjelang minggu terakhir jelajah tersebut,” menurut kenyataan istana.

    Kehadiran Meghan dalam lawatan esok ke Pulau Fraser, luar Queensland, masih belum jelas, hanya Putera Harry sahaja yang akan mengadakan pertemuan di Pulau Fraser.

    Pasangan diraja itu akan meninggalkan Australia untuk berlepas ke Fiji dan Tonga pada Selasa ini. Mereka akan kembali ke Sydney pada Jumaat depan bagi hari terakhir Sukan Invictus, fokus utama Putera Harry bagi lawatan ini sebelum mengakhiri lawatan ke New Zealand.

    Semasa makan tengah hari, Putera Harry berbual dengan para pesaing yang membuat persediaan untuk Sukan Invictus. – AP

    Putera Harry dan Meghan Markle semasa menghadiri makan tengah hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri Australia kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda