Jadual perlawanan pasukan kebangsaan disusun semula

GENEVA, 19 OGOS – FIFA kelmarin telah membuat jadual baharu untuk perlawanan pasukan kebangsaan di tengah-tengah musim bola sepak 2021-2022 Eropah untuk mengejar perlawanan yang tertunda semasa pandemik.

FIFA telah mengemas kini jadual perlawanan pada 24 Januari hingga 1 Februari 2022 untuk semua perlawanan kecuali UEFA untuk menggantikan perlawanan yang asalnya dijadualkan bulan depan.

Pasukan kebangsaan Eropah masih akan dilangsungkan sebanyak dua kali bermula 3 hingga 8 September, sebelum musim liga domestik bermula dan tidak dapat mengadakan perlawanan baharu.

Keputusan FIFA mungkin akan memaksa penutupan 10 hari untuk kelab Eropah, yang memberikan tekanan kepada badan pengurusan dunia untuk mengehadkan berapa kali mereka mesti melepaskan pemain-pemain mereka untuk membuat perjalanan ke seluruh dunia dan risiko kecederaan semasa bermain untuk pasukan kebangsaan.

Liga-liga teratas di Eropah, harus membatalkan program hujung minggu semasa jadual perlawanan pasukan kebangsaan, masih belum dibincangkan langkah FIFA, menurut kumpulan Liga Eropah kelmarin.

Permintaan untuk tarikh baharu FIFA dibuat bulan lalu dari badan bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL yang ketinggalan jauh dari program kelayakan yang dirancang untuk Piala Dunia 2022.

FIFA turut mengesahkan bahawa ia telah membuat jadual untuk Piala Negara-Negara Afrika yang akan dilangsungkan pada Januari 2022 dan bukannya pada Januari tahun depan.

Langkah tersebut telah diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika tetapi tarikh sebenar masih belum diumumkan. Kejohanan tersebut selalunya akan memaksa kelab-kelab Eropah untuk membenarkan pemain-pemain dari negara Afrika untuk dilepaskan selama beberapa minggu semasa pertengahan musim.

Kalender FIFA menentukan bila pasukan di seluruh dunia harus membenarkan pemain untuk tugasan pasukan kebangsaan dan kelab Eropah telah berusaha untuk mengurangkan tarikh tersebut. – AP