Jadual tidak berubah

LABUAN, 10 Jun – Perbadanan Labuan (LC) hari ini memaklumkan jadual pengurusan sisa pepejal semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak berubah dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, memandangkan peningkatan sisa buangan yang akan meningkat, LC mengingatkan orang ramai agar berusaha mengurangkan bahan buangan dan memilih untuk mengamalkan kaedah kitar semula.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Rithuan Ismail berkata, kebersihan pulau itu sentiasa menjadi keutamaan perbadanan itu terutamanya di musim perayaan. – Bernama