Jadual United bertemu Liverpool diumumkan

LONDON, 6 MEI – Manchester United akan bermain tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh lima hari selepas penundaan perlawanan menentang Liverpool yang telah diaturkan semula pada 13 Mei.

United sepatutnya menjadi tuan rumah kepada Liverpool pada Ahad lalu, tetapi perlawanan ditunda tatkala ratusan peminat menceroboh masuk ke Old Trafford dalam bantahan ke atas pemilik kelab, keluarga Glazer.

Para pembantah, berang atas keterlibatan Glazers dalam rancangan menyertai Liga Super Eropah yang gagal, merosakkan padang Old Trafford dan menyalakan saur, sementara pihak polis disembur dengan penyembur lada hitam di luar stadium.

Perlawanan tersebut kini diaturkan semula pada 13 Mei, di mana United akan bermain menentang Aston Villa pada 9 Mei dan bermain di laman sendiri menentang pasukan di tangga ketiga, Leicester pada 11 Mei.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer tidak gembira dengan jadual tersebut ketika musim mencabar bakal melabuhkan tirai.

“Setiap tarikh tiga baki perlawanan kami di Old Trafford, menentang Leicester City, Liverpool dan Fulham, telah diatur semula, dengan dua perlawanan pertama terjejas oleh penundaan pada Ahad,” menurut laman web rasmi United.

“United bertemu Liverpool akan berlangsung pada 20:15 BST pada Khamis, 13 Mei.

“Perubahan jadual tersebut bermakna kunjungan ke Leicester – sudah diaturkan kerana The Foxes terlibat dalam perlawanan akhir Piala FA – telah diatur semula 24 jam pada Selasa 11 Mei.”

Menganggap pemain Solskjaer tidak akan mensia-siakan kelebihan Liga Europa peringkat separuh akhir pusingan pertama menentang Roma, mereka akan bermain tujuh perlawanan dalam tempoh 21 hari.

Antara jadual perlawanan menyaksikan kepulangan peminat ke Old Trafford buat kali pertama sejak Mac 2020. – AFP

Gambar fail reaksi peminat Manchester United ketika bantahan di Old Trafford sehingga menyebabkan perlawanan ditunda. – AP