Jadual vaksin penyakit kanak-kanak jauh ketinggalan

COLUMBUS, OHIO, 23 OGOS – Vaksin yang wajib diterima oleh kanak-kanak sekolah di Amerika Syarikat (AS) untuk penyakit serius seperti polio, campak, tetanus, hepatitis dan batuk kering sudah jauh ketinggalan di belakang jadual tahun ini, sekali gus menimbulkan komplikasi lanjut kepada tahun persekolahan yang telah pun terjejas oleh COVID-19.

Ketinggalan dalam jadual berkenaan adalah berpunca daripada gangguan berkaitan pandemik pada musim panas tahun lalu apabila kanak-kanak biasanya menerima suntikan vaksin mereka.

Kini, pakar pediatrik dan pendidik sedang bergegas untuk memastikan tunggakan tersebut tidak menghalang kanak-kanak daripada menjauhi sekolah atau meninggalkan mereka terdedah kepada penyakit berjangkit.

“Ia merupakan masalah besar,” kata Richard Long, pengarah eksekutif Learning First Alliance, perkongsian pertubuhan pendidikan yang telah melancarkan kempen awam.

“Kami akan melihat kanak-kanak jatuh sakit pada musim luruh ini, dan kesemua ini dapat dicegah sebenarnya.’

Jumlah vaksin bukan selesema yang ditempah dan diberikan menerusi Program Vaksin untuk Kanak-Kanak, yang merangkumi separuh daripada warga AS berusia di bawah 18 tahun dan berfungsi sebagai pengukur trend negara, merosot selepas bekas Presiden Donald Trump mengumumkan darurat negara pada Mac 2020, menurut ulasan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS. – AP

Dr Sara Goza menjelaskan vaksinasi seorang anak damit kepada ibunya dalam bilik pemeriksaan di Klinik FirstGeorgia di Fayetteville baru-baru ini. Vaksin polio, hepatitis, tetanus dan batuk kering sudah jauh ketinggalan pada tahun ini. – AP