Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jaga adab semasa berada di tanah perkuburan

    Amalan menziarahi kubur adalah amalan yang lazim dilakukan di negara ini ketika bulan Ramadan. Namun ziarah ke tanah perkuburan ini pada hakikatnya tidaklah tertumpu pada bulan Ramadan atau bulan Syawal saja malah digalakkan dilakukan pada bila-bila masa.

    Ramai di kalangan kita pasti mengambil kesempatan berkumpul ramai dengan sanak saudara lain untuk menziarahi ahli-ahli keluarga yang telah pergi terlebih dahulu dan sama-sama membersihkan kawasan perkuburan.

    Namun melihat keadaan sekarang berikutan penularan wabak, perkumpulan ramai ini adalah tidak digalakkan meskipun di kawasan terbuka.

    Tetapi perkara ini nampaknya kurang dipandang berat oleh masyarakat kita kerana ada yang sanggup bersesak-sesak tanpa mengamalkan penjarakan fizikal. Lebih menyedihkan lagi, ada sesetengah orang tidak memakai pelitup muka dengan alasan berada di kawasan terbuka dan tidak ada pihak kuasa yang melihatnya.

    Perlukah berbuat sedemikian rupa? Sesama ahli keluarga bukanlah alasan kita tahu mereka tidak akan menjangkiti kita namun selagi ia satu arahan kerajaan mesti dituruti. Suatu perkara lagi, ada sesetengah orang yang berkumpul ini kurang memikirkan adab ketika berada di tanah perkuburan, di mana ada yang membuat bising tanpa memikirkan pengunjung lain.

    Apa yang menyedihkan lagi, ‘penjual’ atau yang menunggu air asahan-asahan itu terdiri dari seorang wanita bersama seorang anak damit dan anak-anaknya yang masih kecil. Dinasihatkan mereka ini tidak membawa anak damit ke kawasan perkuburan dengan keadaan panas terik. Adakah anak damit ini untuk meraih simpati?

    Bukan cara begini wahai ‘penjual’ membiarkan anak-anak berpanas ketika menunggu air asah-asahan. Lagi pula, kita masih di bawah ancaman virus meskipun kes sudah berkurangan dan pemberian vaksin telah dilakukan kerana apa yang penting kita tingkatkan kewaspadaan terhadap jangkitan.

    Memadailah dengan menyimpan di atas meja berserta tabung atau bekas kosong untuk menyimpan wang ke dalamnya. Sebenarnya saya sudah cuba menegur si ‘penjual’ secara berdepanan, namun beliau seolah-olah dipaksa melakukan sedemikian rupa, pasti di tempat perkuburan lain mungkin ada juga menggunakan anak damit atau kanak-kanak untuk meraih simpati.

    Muslimin Muslimat

    Amalan menziarahi kubur adalah amalan yang lazim dilakukan di negara ini ketika bulan Ramadan. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...