Saturday, May 17, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga imej, pikul tugas penuh cekap & profesional

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) merupakan anggota yang berhubung secara langsung dengan orang ramai atau frontliners pada setiap hari.

    Oleh demikian, sikap dan sifat-sifat yang terpuji seperti berbudi pekerti, profesional, jujur dan amanah adalah amat penting untuk mereka amalkan.

    “Secara amnya, PDB bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan memelihara kepentingan orang ramai bagi mengekalkan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.”

    Perkara itu ditekankan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah ketika berucap pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi Rekrut Lelaki dan Wanita Skuad 1/ 2016 yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Polis, Gadong, hari ini.

    Beliau menambah bahawa tugas-tugas yang dilaksanakan oleh mereka walaupun secara individu akan mencerminkan kewibawaan dan tahap profesionalisme PDB di mata masyarakat tempatan mahupun para pengunjung dari negara-negara luar.

    “Dengan pelaksanaan tugas yang cekap dan penuh profesional, setentunya ia akan memberikan gambaran baik dan meyakinkan masyarakat tempatan serta para pengunjung asing akan keberkesanan undang-undang negara dan tahap keselamatan di negara ini.”

    Ia secara tidak langsung, tambah beliau, juga akan meyakinkan lebih ramai pengunjung dari negara-negara luar untuk datang ke negara ini sama ada sebagai pelancong mahupun pelabur asing yang berpotensi untuk membuat pelaburan di negara ini yang setentunya mampu meningkatkan lagi ekonomi negara.

    Pada masa yang sama, Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih mengingatkan supaya mereka tidak mempunyai sebarang sikap prejudis atau berat sebelah kepada mana-mana pihak ketika menguatkuasakan undang-undang ataupun menghulurkan bantuan kerana ulasnya lagi, sikap-sikap begitu boleh menjejaskan imej PDB dan menghakis kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan polis.

    Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menerima tabik hormat di majlis berkenaan.
    Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menerima tabik hormat di majlis berkenaan.
    Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih memeriksa Perbarisan Tamat Latihan.
    Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih memeriksa Perbarisan Tamat Latihan.
    Bacaan Doa Selamat di Upacara Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Lelaki dan Wanita Skuad 1/2016.
    Bacaan Doa Selamat di Upacara Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Lelaki dan Wanita Skuad 1/2016.

    p04-4_20170811

    Perbarisan Tamat Latihan di majlis berkenaan.
    Perbarisan Tamat Latihan di majlis berkenaan.

    Beliau dalam ucapannya lagi berkata bahawa salah satu tema yang sering diperingatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui titah-titah Baginda adalah mengenai kepentingan keselamatan dan keamanan bagi mendukung agenda pembangunan negara secara berterusan.

    Dalam hubungan itu, jelasnya, “Kita sebagai agensi-agensi keselamatan sudah sedia maklum bahawa tugas dan tanggungjawab memelihara keselamatan dan keamanan dalam era sekarang adalah sangat mencabar dan memerlukan kerjasama di antara kita semua untuk sentiasa peka dengan perubahan persekitaran serta bijaksana dalam me-ngatur tindakan-tindakan dengan pantas dan berkesan, sama ada secara responsif mahupun proaktif.”

    Di samping itu, hubungan kerjasama dengan pihak-pihak lain yang berkepentingan di dalam dan di luar negara juga terus dipertingkatkan dalam konteks Whole of Nation Approach serta kerjasama serantau dan antarabangsa sama ada secara dua hala atau berbagai-bagai hala melalui platform yang sedia ada seperti ASEANPOL dan INTERPOL.

    “Dalam hal ini, saya percaya bahawa PDB akan sentiasa menambah baik keupayaan dalam semua aspek seperti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota melalui kursus-kursus dan latihan-latihan yang relevan dan progresif, memperoleh platform-platform asas yang bersesuaian dengan memanfaatkan perkembangan teknologi serta memantapkan segala proses dan prosedur melalui latihan dan pengiktirafan.”

    Beliau juga berkata bahawa ABDB dan PDB telah dan akan sentiasa bekerjasama dalam pelbagai platform sama ada dari segi operasi bersama seperti rondaan di darat dan laut, mahupun dari segi pendidikan dan latihan yang dikendalikan oleh kedua-dua pasukan serta menjalankan tugas bersama-sama sebagai Tim Pemantau Antarabangsa di Mindanao Selatan Filipina sejak sekian lama hingga sekarang.

    “Sebagai rakan bersama, ABDB akan sentiasa bersedia untuk membantu PDB dalam apa jua perancangan perkembangannya yang mana ABDB mempunyai pengalaman dalam latihan, perolehan peralatan dan lain-lain yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama PDB.”

    Dalam ucapannya lagi, Pemerintah ABDB berkata, sebagai ahli masyarakat awam, kita sangat menghargai khidmat bakti dan pengorbanan anggota PDB.

    “Keberadaan anggota-anggota polis di jalan-jalan raya, di tempat-tempat awam, kawasan perairan, pedalaman dan hutan sempadan negara memberikan keyakinan kepada kita bahawa keselamatan dan kepentingan negara adalah sentiasa terpelihara.”

    Keberadaan mereka, tambahnya lagi, harus dilihat secara positif dengan memberikan sokongan serta kerjasama yang sepenuhnya bagi memudahkan pihak polis melaksanakan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.

    “Sebagai misalnya, apabila anggota-anggota polis membuat sekatan jalan raya atau perairan, kita tahu bahawa mereka menjalankan tugas bagi memastikan bahawa para pengguna mematuhi segala undang-undang atau peraturan-peraturan yang ditetapkan.

    “Ini adalah untuk memastikan bahawa jalan-jalan raya adalah selamat untuk semua pengguna dan kawasan-kawasan perairan tidak digunakan bagi aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang yang boleh membawa padah kepada kita semua.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/