‘Jaga-jaga Pacquiao!’

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Juara welterweight dunia, Lucas Matthysse menghormati Manny Pacquiao tetapi berikrar untuk menewaskan legenda petinju Filipina itu apabila kedua-dua mereka bertarung Ahad ini.

“Dia merupakan juara hebat tetapi dia belum berdepan ‘The Machine’,” beritahu Matthysse kepada para wartawan semasa sidang media di Kuala Lumpur menjelang pertarungan untuk gelaran WBA.

“Jika dia memutuskan untuk bersara selepas saya menewaskannya, jadi itu adalah keputusannya, saya di sini untuk mempertahankan gelaran saya.”

Pacquiao yang memburu kemenangan ke-60 sepanjang kariernya, akan menyambut ulang tahun ke-40 Disember ini dan tidak bertarung sejak tewas WBO welterweight di tangan Jeff Horn dari Australia di Brisbane setahun lalu.

Pakar knock-out, Matthysse telah mencatat rekod 36 daripada 39 kemenangan dan merangkul gelaran WBA selepas menewaskan Teerachai Sithmorseng dari Thailand pada Januari lalu.

Pacquiao dan Matthysse bergambar semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur menjelang pertarungan Ahad ini. – AP

Caranya yang penuh aksi itu, menurut Pacquiao, merupakan antara sebab dia tertarik dengan pertarungan ini.

“Apabila saya menyaksikan pertarungannya dengan Teerachai, ia merupakan pertarungan yang mantap,” kata petinju dari Filipina itu yang merangkul kejuaraan dunia bagi lapan divisyen lebih 20 tahun sebagai petinju profesional.

“Saya percaya, kami mampu mencipta aksi yang menarik di dalam gelanggang jadi para penyokong akan gembira.”

Pacquiao tewas kepada Horn yang mempamerkan taktik kasar setahun yang lalu dan jurulatih Justin Fortune berkata mereka sudah bersedia untuk taktik agresif yang sama daripada petinju dari Argentina itu.

“Matthysse lebih bagus berbanding Jeff Horn, tumbukannya lebih kuat,” beritahu Fortune kepada AFP. – AFP