Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga kebajikan, tingkatkan jumlah keuntungan

    BANDAR SAUK – Kebanyakan penternak binatang yang mengeluarkan produk tenusu setentunya berasa cukup gembira apabila binatang ternakan yang dijaga boleh memberikan keuntungan kepada mereka.

    Antara perkara yang lazim dilaksanakan adalah dengan menyediakan tempat perlindungan seperti kandang yang selesa, meningkatkan saluran arus udara bagi mengelakkan binatang ternakan tersebut berasa kurang selesa berikutan daripada haba suhu di antara ruangannya yang melamapu.

    Berikut adalah antara beberapa langkah yang telah disyorkan dari inisiatif pengkaji Universiti Wisconsin bagi sama-sama memastikan agar lembu ternakan berada dalam keadaan selesa sekaligus boleh menghasilkan lebih banyak produk tenusu.

    “Saya merasakan bahawa ia adalah cukup penting untuk memberikan rawatan yang istimewa kepada binatang ternakan ini,” jelas Nigel Cook, pengarah Inisiatif Produk Tenusu di Universiti Wisconsin-Madison, Perubatan Veterinari sejak tahun 2010.

    Cook bersama dengan kumpulannya telah melakukan lawatan ke beberapa buah ladang dan memberikan nasihat berhubung mengenai pelbagai masalah termasuk menangani tingkah laku dan tekanan yang dihadapi oleh lembu ternakan.

    Mitch Breunig, salah seorang penternak sebanyak 400 ekor lembu berkongsi langkah yang dilaksanakan untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan perternakan. – AP
    Mitch Breunig, salah seorang penternak sebanyak 400 ekor lembu berkongsi langkah yang dilaksanakan untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan perternakan. – AP

    Malah mereka juga turut menyediakan bengkel dan mencipta laman web khas untuk mengongsikan nasihat kepada para penternak di seluruh dunia.

    “Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh lembu ternakan adalah termasuk sakit di bahagian kaki dan tekanan akibat berasa bosan dengan persekitaran yang tidak selesa sekaligus membuatkan lembu-lembu yang diternak oleh mereka itu menjadi tidak produktif,” jelas Cook.

    “Dengan menitik beratkan setiap faktor yang telah diterangkan itu setentunya akan menyediakan ruangan yang cukup selesa bagi lembu-lembu yang diternak itu untuk bergerak, membiak sekaligus mengeluarkan hasil produk tenusu yang lebih banyak di setiap ladang yang diusahakan,” jelas Cook.

    Walaupun kedengaran agak aneh namun membawa lembu ke kawasan pantai atau bersiar-siar di kawasan berdekatan dengan ladang juga secara tidak langsung dapat membuatkan kehidupan binatang ternakan itu akan berasa lebih ceria.

    “Tektur pasir yang lembut dan agak panas setentunya dapat memberikan keselesaan kepada lembu-lembu ternakan,” jelas Cook.

    Selain itu, beberapa cadangan yang turut ditekankan adalah untuk menyiram dan memberi makan pada lembu-lembu ternakan itu pada waktu yang sama memandangkan rutin binatang ternakan itu memang cukup suka apabila setiap perkara dilakukan pada waktu yang sama.

    Keselesaan dan keadaan lembu yang kurang menghadapi tekanan setentunya akan dapat menghasilkan produk tenusu yang lebih menggalakkan. – AP
    Keselesaan dan keadaan lembu yang kurang menghadapi tekanan setentunya akan dapat menghasilkan produk tenusu yang lebih menggalakkan. – AP
    Keselesaan di ruang kandang ternakan lembu wajar dititik beratkan oleh para penternak. – AP
    Keselesaan di ruang kandang ternakan lembu wajar dititik beratkan oleh para penternak. – AP

    Di samping itu pastikan, lembu-lembu ternakan itu juga disatukan dengan kelompok yang sama bagi mengelakkan ia dari berasa tertekan.

    Salah seorang penternak, Mitch Breunig telah menternak sebanyak 400 ekor lembu di Mystic Valley Dairy di Bandar Sauk. Beliau telah membelanjakan sebanyak AS$100,000 bagi projek pembaik pulihan kandang dan kawasan ternakan bagai memastikan setiap lembu ternakannya berasa bahagia dan ia jelas cukup penting.

    Malah Breunig juga turut melengkapi ladang ternakannya dengan mesin memberus kerbau secara automatik bagi memudahkan proses pembersihan badan lembu tersebut.

    “Sekiranya lembu-lembu ini bebas daripada sebarang tekanan setentunya ia akan menghasilkan produk tenusu yang lebih banyak sekaligus memberikan keuntungan yang memuaskan,” jelas Breunig.

    Breunig juga menjelaskan bahawa detik gembira yang dialami oleh beliau sendiri adalajh tatkala hasil pengeluaran produk tenusu yang diterima adalah meningkat dari 13 gelen kepada 15 gelen sehari.

    Malah lembu-lembu yang diternak juga kurang mengalami sebarang kecederaan dalam tempoh setahun sekaligus mengurangkan kos penternakan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda