Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jaga kebersihan dan lindungi tempat awam

    Baru-baru ini saya terbaca satu perkongsian di laman media sosial Facebook mengenai tempat peranginan yang kurang dijaga oleh orang yang berkunjung ke sana.

    Dalam perkongsian tersebut dinyatakan banyak sampah-sampah dibiarkan begitu sahaja sehinggakan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan walhal tempat pembuangan sampah sudah disediakan.

    Sebagai orang awam perlu peka untuk menjaga kebersihan tempat-tempat awam seperti tempat-tempat peranginan dan tidak perlu lagi diarahkan atau diajar. Sedangkan di rumah kita sendiri sudah tahu perlunya menjaga kebersihan rumah agar elok dipandang mata.

    Justeru jika kita membiarkan sampah dibuang merata-rata di tempat awan, setentunya kita akan mengatakan tempat itu kotor dan tidak perlu dikunjungi.

    Lebih menyedihkan lagi, sesetengah orang akan menyalahkan pihak yang menjaga kawasan awam itu walhal sebenarnya bermula dari orang awam sendiri yang tidak bertanggungjawab.

    Justeru kita perlu sama-sama menjaga kebersihan tempat awam kita. Kalau bukan diri kita sendiri siapa lagi akan memulakannya dan tidak mustahil orang lain akan mula mengikuti langkah kita.

    Jaga Kebersihan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...