Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Jaga kebersihan untuk kesihatan bersama

    Secara lazimnya, kebersihan merupakan perkara yang menjadi tanggungjawab semua masyarakat dan tidak tertumpu kepada pihak berkuasa sahaja bahkan untuk diri kita sendiri.

    Sesetengah individu sangat mementingkan kebersihan, walau bagaimanapun masih ada yang tidak menghiraukan kepentingan menjaga kebersihan.

    Dari sudut kesihatan, penjagaan kebersihan merupakan salah satu perkara amat ditekankan. Ini termasuk penjagaan diri dan kawasan persekitaran diduduki.

    Bagi kanak-kanak dan warga tua, mereka lebih terdedah kepada penyakit khususnya wabak dan virus.

    Oleh itu, penjagaan kebersihan perlu diberi pendedahan, penekanan dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

    Gambar Freepik

    Kawalan dan peraturan kebersihan semasa wabak COVID-19 menunjukkan perubahan yang ketara kepada masyarakat di seluruh dunia yang mana setiap individu telah mementingkan penjagaan kebersihan secara teratur.

    Setiap individu mula mengamalkan sikap menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan, menjaga diri daripada mengunjungi dan berada di tempat kotor sehinggalah membersihkan barang belian sebelum disimpan atau dimasak.

    Normal baharu itu pasti memberi impak besar kepada kesihatan masyarakat dengan setiap individu memastikan kawasan sekeliling mereka bersih dan bebas dari kotoran.

    Tidak dinafikan, ada kelompok individu yang secara amnya seorang yang pembersih dan menjaga kebersihan persekitaran.

    Hal ini tidak boleh dikaitkan dengan taraf kehidupan seseorang, bahkan lebih kepada kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan.

    Ada mereka yang hidup secara sederhana, tetapi mementingkan kebersihan dan sebaliknya bagi mereka yang hidup dalam kesenangan.

    Seperti mana yang dikatakan dalam Islam, bersuci itu adalah sebahagian daripada iman.

    Oleh itu, sekiranya umat Islam mengambil hikmah dari COVID-19 ini, pasti tiada masalah untuk meletakkan kebersihan sebagai perkara utama yang perlu dilaksanakan dalam seharian.

    Ali Hussin

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...