Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jaga penggunaan bahasa dalam laman media sosial

    Peranan teknologi informasi dan komunikasi sangat berpengaruh dalam aktiviti harian seseorang tidak mengira umur sama ada golongan muda mahupun yang tua.

    Kehadirannya dapat membantu seseorang mencari dan memperoleh informasi yang mereka kehendaki semudah di hujung jari serta juga memudahkan pengguna dalam perhubungan harian melalui penggunaan aplikasi dan laman media sosial.

    Melalui medium laman-laman media sosial ini seluruh orang di dunia ini mudah berhubung walaupun di mana saja berada namun peringkat umur pengguna juga tiada memiliki had, di mana golongan kanak-kanak juga terdedah dengan perkara-perkara yang tidak elok dari segi usia mentah mereka.

    Sesetengah perkongsian menurut saya tidak begitu elok untuk diketahui atau dibaca oleh kanak-kanak lebih-lebih lagi dari segi bahasa yang digunakan dan daripada jawapan pengguna yang agak kasar dan tidak senonoh.

    Bagi kanak-kanak bahasa-bahasa seperti itu mungkin bahasa biasa sahaja dan tiada membawa sebarang konotasi negatif.

    Justeru tidak mustahil mereka akan terikut-ikut untuk menggunakannya kepada orang lain.

    Sesetengah ibu bapa atau penjaga mungkin sedaya upaya sudah memantau anak-anak dalam penggunaan media sosial ini, namun tidak menjadi mustahil kanak-kanak juga merahsiakan apa yang mereka layari daripada orang tua mereka.

    Justeru, bagi pengguna media sosial di negara ini kurangkanlah bahasa-bahasa kesat dan kasar dalam media sosial, mungkin kita merasa bahasa digunakan tidak kasar tetapi kita kena fikirkan pengguna yang lebih muda.

    Kerana kanak-kanak mahupun remaja kini yang biasa digelar generasi IT sudah mahir dalam menggunakan teknologi semasa dan mereka juga dapat berperanan aktif mendukung penggunaan teknologi digital dengan baik dan efektif.

    Generasi pertengahan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...