Jaguar E-Pace milik Hajah Diana

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JuUN – Hajah Diana binti Abdul Haji Ghani diumumkan sebagai pemenang utama Kempen Mastercard Swipe and Win anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sekali gus menjadi pemilik kereta mewah, Jaguar E-Pace.

Majlis penyampaian hadiah bagi kempen berkenaan telah diadakan di Indera Motors, Beribi, hari ini di mana empat pelanggan bertuah lain iaitu Awang Mohammad Arif bin Kambar, Dayangku Nikmayati binti Pengiran Karim, Hajah Ainee Hayat binti Haji Bungsu dan Dayang Aiman Aniqah binti Ibrahim, masing-masing memenangi Apple Macbook Pro, iPad Pro, iPhone 11 Pro dan Apple Watch.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Ketua Perbankan Runcit Kumpulan BIBD, Awang Irwan bin Lamit.

Kempen promosi berkenaan telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Mubashar Khokhar semasa BIBD At-Tamwil Blissful Roadshow di The Mall, Gadong pada 14 November 2019.

Dalam usaha menjaga keselamatan dan kesihatan pelanggan sepanjang kempen, BIBD telah mengambil beberapa langkah yang diperlukan termasuk menangguhkan acara penyampaian hadiah selain mengehadkan masa acara seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan.

Hajah Diana binti Abdul Haji Ghani diumumkan pemenang utama Kempen Mastercard Swipe and Win anjuran BIBD sekali gus menjadi pemilik kereta mewah, Jaguar E-Pace.
Awang Irwan bergambar ramai bersama para pemenang Kempen Mastercard Swipe and Win BIBD. – Gambar serahan BIBD