Jaguar gah dengan kereta konsep I-PACE

BANDAR SERI BEGAWAN – Jaguar telah mencapai era baru dengan pendedahan Jaguar I-PACE Concept di Los Angeles pada November 2016.

Sebagai kereta elektrik (EV) pertama Jaguar, versi pengeluaran dijangka didedahkan lewat 2017 dan mula bergerak di jalan raya pada 2018.

Seperti konsep yang paling visual pernah dihasilkan oleh Jaguar, pasukan reka bentuk dan kejuruteraan mengambil peluang untuk memikirkan semula perkadaran keseluruhan kenderaan dengan mengambil kesempatan penuh kebebasan yang ditawarkan oleh kuasa elektrik. Hasilnya ialah, kereta sukan pintar lima kerusi yang tidak bertolak ansur dengan prestasi SUV.

Pengarah Reka Bentuk Ian Callum berkata: “I-PACE Concept mewakili generasi EV akan datang. Reka bentuknya futuristik dengan dalaman yang cantik sebagai DNA Jaguar bersama teknologi elektrik dan ketukangan kontemporari.”

Motor elektrik dan pek bateri lithium 90kWh telah direka sendiri oleh Jaguar Land Rover untuk memberikan prestasi terbaik untuk perjalanan setiap hari. Di mana pun anda berada di dunia, anda perlu mencari soket elektrik pada dinding, cas semalaman dan anda mempunyai bekalan yang cukup untuk melengkapkan purata perjalanan harian sekitar 50 km.

I PACE-Concept adalah kereta sukan pintar lima kerusi yang tidak bertolak ansur dengan prestasi.
I PACE-Concept adalah kereta sukan pintar lima kerusi yang tidak bertolak ansur dengan prestasi.
Grafik I-PACE Concept yang jatuh ke bumi dari planet lain adalah isyarat jelas alam masa depan daripada Jaguar revolusioner.
Grafik I-PACE Concept yang jatuh ke bumi dari planet lain adalah isyarat jelas alam masa depan daripada Jaguar revolusioner.
Dengan VR, anda juga boleh merasai pengalaman memandu I-PACE Concept.
Dengan VR, anda juga boleh merasai pengalaman memandu I-PACE Concept.

Untuk mengecas dengan lebih pantas menggunakan rangkaian pengecasan awam biasa DC 50 KW, cas penuh akan mengambil masa hanya lebih 2 jam. Cukup untuk perjalanan lebih 220 batu pelbagai (ukuran berdasarkan ujian US EPA) atau lebih 500 km menurut ujian NEDC Eropah.

I-PACE Concept mengubah pengalaman pemanduan elektrik dan menawarkan prestasi tindak balas dan pemanduan Jaguar yang terkenal. Untuk ini, I-PACE dilengkapi motor elektrik pada gandar depan dan belakang. output gabungan mereka adalah 400PS dan 700Nm tork atau sama tork dengan SVR F-TYPE.

Ian Callum berkata, “Realiti maya (VR) kami hari ini telah melangkaui sempadan teknologi dan mencakupi intipati teknologi tinggi kereta konsep. Kami hanya ada satu kereta konsep ia telah didedahkan di LA. Buat pertama kali, VR membolehkan kami berkongsi dengan seluruh dunia dengan cara mendalam yang paling mungkin.”

Selepas didedahkan di Los Angeles melalui ‘VR sosial’ yang unik dan pertama di dunia, ia dipercayai menjadi acara VR secara langsung yang terbesar seumpamanya setakat ini. Sepanjang hari lebih 300 tetamu melawat ruang maya seperti khas seperti saiz sebenar, di mana pereka kereta Ian Callum dan Ian Hoban telah dapat dilihat.

Dari hab VR di Los Angeles dan London, kumpulan 66 tetamu termasuk bintang senarai-A seperti Michelle Rodriguez, Miranda Kerr dan James Corden menggunakan alat dengar HTC Vive Business Edition, dikuasakan oleh stesen kerja Dell Precision masuk ke dalam kereta konsep dan berinteraksi secara langsung dengan peserta lain.

Tetamu ‘duduk’ di kerusi konsep maya dengan pemandangan 360 darjah Pantai Venice sebagai konsep yang dibina sedikit demi sedikit di sekeliling mereka dan melihat perlumbaan I-PACE Concept ke arah padang pasir maya.

Anda boleh meninjau ruangan dalam I-PACE Concept ini melalui realiti maya.
Anda boleh meninjau ruangan dalam I-PACE Concept ini melalui realiti maya.

Rangka I-PACE Concept yang digerakkan oleh tenaga elektrik sepenuhnya.
Rangka I-PACE Concept yang digerakkan oleh tenaga elektrik sepenuhnya.

Pengarah Barisan Kenderaan Ian Hoban memberitahu tetamu VR yang dapat menggunakan realiti maya untuk melihat lebih terperinci teknologi pecah tanah ini.

“Motor elektrik memberikan tindak balas serta-merta tanpa sangkut, tiada gangguan pertukaran gear dan tiada gangguan tork berbanding enjin pembakaran, sekali gus mengubah pengalaman memandu. Dengan 700Nm dan cengkaman pacuan semua roda, I-PACE Concept memecut dari 0 hingga 60 batu sejam dalam masa empat saat.”

Pengalaman realiti maya juga membolehkan peserta duduk di bahagian hadapan dan belakang Jaguar I-PACE Concept dan meneroka ruang dalaman yang indah dan menemui butiran terperinci yang tersembunyi hasil kreativiti Pengarah VR terkenal, Alexander Horton.

Peserta juga melihat kereta sedang dibina di sekeliling mereka, dipandu laju ke arah mereka dan jatuh ke bumi dari planet lain sebagai isyarat jelas alam masa depan daripada Jaguar revolusioner.

Platform VR yang baru dan menarik melangkaui sempadan lebih jauh berbanding sebelum ini dengan kemasukan interaksi sosial dan siaran penyampai hidup ke dalam dunia tunggal VR.

Kumpulan dari LA dan London dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan satu sama lain, menonton Ian Callum dan Ian Hoban menerangkan grafik mewah nyata 3D reka bentuk dan teknologi di sebalik pemikiran futuristik kereta konsep ini.