Jaguar Land Rover lanjut waranti

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JUN – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Jaguar Land Rover di Brunei Darussalam telah melancarkan Kempen Lanjutan Waranti untuk menyediakan pelanggan dengan tawaran untuk melanjutkan jaminan kereta mereka selepas tamat tempoh waranti pengilang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Pengurus Besar Indera Motors, Alfred Yong Foh Sen dipetik berkata, “Pelanggan bukan saja mendapat jaminan lebih baik dan ketenangan fikiran malah mendapat pengurangan kos pemilikan, penggunaan alat ganti tulen bagi pembaikan termasuk penambahbaikan dalam jualan balik atau baki nilai kereta mereka.

“Kami mahu pelaburan pelanggan kami dilindungi terutamanya apabila mereka membeli jenama premium dan ikonik, Jaguar Land Rover,” tambah beliau.

Kempen berkenaan telah bermula pada 2 Jun lalu dan akan berakhir se-hingga hujung bulan ini.

Indera Motors Sdn Bhd telah memulakan Kempen Lanjutan Waranti yang akan berjalan sehingga penghujung bulan ini. – Gambar serahan Indera Motors