Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jaguar Land Rover, Pramac bekerjasama bangun unit simpanan tenaga pelepasan sifar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Jaguar Land Rover telah bekerjasama dengan Pramac, peneraju global dalam sektor tenaga, untuk membangunkan unit simpanan tenaga pelepasan sifar mudah alih yang dikuasakan bateri Jaguar I-PACE hayat kedua.

    Dinamakan Off Grid Battery Energy Storage System (ESS), teknologi Pramac yang menampilkan sel litium-ion daripada bateri Jaguar I-PACE diambil daripada prototaip dan kenderaan ujian kejuruteraan itu membekalkan kuasa pelepasan sifar apabila akses kepada bekalan utama adalah terhad atau tidak tersedia. 

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jaguar Land Rover, kerjasama itu adalah yang pertama dalam rancangan Jaguar Land Rover untuk mencipta model perniagaan ekonomi sirkular baharu untuk bateri kenderaannya.

    Sebagai sebahagian daripada komitmennya kepada status sifar bersih menjelang 2039, syarikat itu akan melancarkan program yang memberikan hayat kedua dan seterusnya untuk bateri kenderaan elektriknya.

    Ia wujud disebabkan bateri Jaguar Land Rover direka mengikut piawaian tertinggi, oleh itu boleh digunakan dengan selamat dalam pelbagai situasi tenaga rendah sebaik sahaja kesihatan bateri berada di bawah keperluan ketat kenderaan elektrik.

    Kenyataan menjelaskan, sistem tersebut mempunyai kapasiti sehingga 125kWj, lebih daripada mencukupi untuk mengecas sepenuhnya SUV I-PACE Jaguar.

    Dicas daripada panel solar, unit berkenaan adalah penyelesaian serba lengkap yang terdiri daripada sistem bateri yang dipautkan kepada penukar dwiarah dan sistem pe-ngurusan kawalan yang berkaitan.

    Tersedia untuk sewa komersil, unit berkenaan dilengkapi dengan sambungan cas Kenderaan Elektrik (EV) Jenis 2 dengan kawalan dinamik dan diberi nilai sehingga 22kW AC untuk membolehkan pengecasan kenderaan elektrik.

    Off Grid Battery ESS yang menggunakan bateri Jaguar I-PACE. – Gambar serahan Jaguar Land Rover
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...