Friday, December 2, 2022
30.8 C
Brunei

-

Jaguar XE baharu lebih mewah

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Jaguar XE telah menerima penambahbaikan yang besar bagi model 2021, termasuk kemas kini teknologi, perincian mewah baharu dan reka bentuk yang dinamik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Indera Motors Sdn Bhd, di sini, model baharu berkenaan kini lebih bersambung daripada model sebelumnya dengan sistem hiburan Pivi Pro Jaguar yang canggih.

Antara muka baharu yang intuitif memudahkan pemandu melihat maklumat dan melakukan fungsi yang sering digunakan semasa bergerak.

Ia dapat diakses melalui skrin sesentuh utama 10 inci yang bersepadu, sementara skrin sesentuh bawah 5.5 inci juga dikuasakan teknologi Pivi baharu, menggabungkan dua pengawal putar LED pelbagai fungsi untuk operasi intuitif fungsi kenderaan utama.

Bagi membantu pemandu mengakses maklumat penting dengan cepat, grafik paparan pemandu interaktif HD 12.3 inci dipertingkatkan dan susun atur (layout) yang boleh dikonfigurasi dapat menunjukkan pemetaan navigasi skrin penuh dengan arahan giliran demi giliran (turn-by-turn), panggilan digital, media, senarai kenalan atau maklumat infotainment.

Ruang dalam Jaguar XE yang baharu tampil lebih mewah. – Gambar serahan Indera Motors

Terbaru untuk Jaguar XE adalah sistem kamera 360 darjah yang memberikan gambaran keseluruhan persekitaran pada skrin sesentuh. Ia memaparkan beberapa pandangan yang berbeza pada masa yang sama untuk melakukan manuver dengan mudah di ruang yang sempit.

Perubahan lain adalah ruangan dalaman dengan sentuhan yang lebih mewah termasuk rekaan tempat duduk serta rekaan stereng baharu dengan pedal batang gear metal.

Bahagian luar juga diperbaharui secara meluas dengan reka bentuk gril dan bampar lebar yang sama. Gril berkenaan mempunyai reka bentuk mesh kisi (lattice) dengan profil melengkung yang penuh, rekaan yang dikongsi I-PACE elektrik penuh, yang menonjolkan kekukuhan reka bentuk.

XE baru tersedia dengan enjin petrol Ingenium 2.0 liter, empat silinder generasi terkini dengan transmisi automatik lapan-kelajuan Jaguar dan pacuan roda belakang.

Jaguar XE baharu berkenaan boleh disaksikan di Bilik Pameran Indera Motors, Beribi.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -