Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaket couture menandingi rekaan fesyen Itali

    ITALI – Kelihatan sangat elegan dan pakaian yang dicipta serta dijahit sendiri ini bukan ditempah khas untuk pertunjukkan fesyen di Itali namun ia adalah satu aksesori fesyen untuk seekor anjing.

    Perkara ini membuktikan bahawa pemilik-pemilik haiwan kesayangan Milan sanggup mencipta satu aksesori fesyen terkini untuk haiwan kesayangan mereka itu. Menurut seorang pereka fesyen, Giovanna Temellini bahawa aksesori fesyen seekor anjing sebenarnya tidak boleh diketepikan dan baru-baru ini telah tercipta satu rekaan baju fesyen menggunakan fabrik kasmir dan mantel bulu untuk seekor anjing jenis Kanin.

    “Semua itu lahir atas dasar cinta,” kata pereka fesyen yang berusia 57 tahun itu dan telah bergiat aktif dalam industri fesyen selama 25 tahun dan telah bekerja dengan beberapa label fesyen antarabangsa seperti Bottega Veneta dan Armani malah Giovanna merupakan seorang penyokong aktif kumpulan hak asasi serta kebajikan haiwan.

    Idea

    Pada satu malam iaitu setahun yang lalu di dalam bengkelnya, Giovanna teringat akan anak perempuannya berkata kepadanya bahawa “Saya telah melakukan banyak kerja dan usaha terhadap perlindungan anjing secara sukarela namun apabila hujan turun, saya mendapati telinga anjing semua basah.”

    Situasi ini membuktikan bahawa pemilik-pemilik haiwan kesayangan Milan sanggup mencipta satu aksesori fesyen terkini untuk haiwan kesayangan mereka. – AFP
    Setiap pekerja dan kaki tangan menggunakan manikin berbentuk badan anjing untuk membuat pelbagai saiz untuk spesies baka yang berbeza termasuk Dobermans, Hound Basset dan Greyhounds. – AFP

    Namun pada hari berikutnya, Giovanna bersama dengan pasukan fesyennya telah mula bekerja keras untuk mereka dan membuat kot berkerudung untuk haiwan kesayangannya itu, agar sesuai dengan jaket musim sejuk anak perempuan Giovanna.

    Dari situ, terdapat beberapa garis panduan fesyen untuk dibuat terhadap aksesori fesyen buat anjing kesayangannya itu sehingga anjing itu dinamakan sebagai ‘Temellini Dog, A Porter’ dan baru-baru ini, sebuah kedai pakaian anjing telah dibuka di negara itu.

    Setiap pekerja dan kaki tangan menggunakan manikin berbentuk badan anjing untuk membuat pelbagai saiz untuk spesies baka yang berbeza termasuk Dobermans, Hound Basset dan Greyhounds. Namun bagi setiap komisen atau bayaran, para pelanggan anjing akan mempunyai sistem pengukuran yang mana akan diambil bagi memastikan akan kesesuaian jenis pakaian itu.

    Kerana berbaloi

    Satu jaket kelabu gelap untuk anjing kesayangannya itu mempunyai kolar yang tinggi dengan butang di bahagian depan dan menggunakan fabrik yang memadankan satu rekaan fesyen wanita dari koleksi utama Giovanna dan khusus untuk kaum wanita dan telah dihasilkan sejak 15 tahun yang lalu. Namun disebabkan oleh kadar fabrik yang berkualiti tinggi dan gaya pemotongan yang beraneka bentuk bermakna setiap aksesori satu kemeja T bernilai AS$171 dan dilengkapi dengan pelapis bulu dan beberapa poket kecil.

    Haiwan kesayangan

    Baru-baru ini seorang pelanggan telah membeli kesemua pakaian di dalam almari untuk anjing kesayangannya yang mana baru sahaja diterimanya dari tempat perlindungan. Pelanggan itu beranggapan bahawa anjing kesayangannya itu telah melalui beberapa detik yang sedih dalam kehidupannya dan ia adalah layak untuk menikmati pelbagai jenis baju fesyen bermutu tinggi untuk dirinya.

    Manakala bagi seorang pelajar yang berusia dua puluh empat tahun, Beatrice Gerevini berkata bahawa dia suka menyelaraskan pakaian anjingnya sendiri dengan pakaiannya. “Saya sangat suka melihat pakaian anjing saya sama dengan pakaian saya sendiri,” tambah Beatrice kepada media.

    “Sebenarnya, apa yang kami lakukan ini adalah seperti satu permainan dan satu cara untuk terus diperhatikan malah kami suka melihat orang tersenyum apabila melihat rekaan baju fesyen kami,” kata Giovanna lagi kepada media. Giovanna pada hari ini terus untuk melakukan beberapa kerja untuk semua jenis anjing, termasuk mereka yang kurang upaya.

    “Saya sangat menghormati dan memperhatikan semua keperluan anjing yang boleh bergerak, berlari, kotor dan bersosial. Saya tidak mahu melakukan sesuatu yang menyekat atau mengejek anjing kerana haiwan ini akan mudah untuk menyedarinya,” tambah Giovanna mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda