Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Jalan berdekatan Jambatan Bangar ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan berhampiran Jambatan Bangar, Jalan Labu, Daerah Temburong.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, penutupan yang bermula esok sehingga 3 Julai dari pukul 9 malam hingga 6 pagi itu adalah bagi memberi laluan kerja-kerja penurapan aspal dilakukan di jalan berkenaan.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Untuk aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...