Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jalan berlubang, bertampal merosakkan kenderaan

    Sebagai salah seorang pemandu ingin menyuarakan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk melakukan pemantauan ke atas jalan raya-jalan raya di seluruh negara.

    Hasil daripada tinjauan saya baru-baru ini, kebanyakan keadaan jalan-jalan raya di negara di tahap kurang memuaskan di mana banyak yang mengalami kerosakan seperti jalan raya berlubang yang boleh membahayakan pengguna jalan raya terutama di kawasan-kawasan pedalaman yang seolah-olah diendahkan begitu saja.

    Memang tidak dinafikan sesetengah jalan raya telah diperbaiki namun sesetengahnya hanya ditampal begitu sahaja dan akhirnya akan rosak semula dalam masa yang singkat.

    Sementara itu, jalan raya yang bertampal-tampal memberi pemandangan yang kurang menyenangkan, kelihatan bercapuk di sana sini, tambahan lagi kenderaan akan bergegar kuat apabila melalui jalan bertampal-tampal yang tidak rata. Ini boleh menyebabkan alat ganti dalam kereta tidak tahan lama, mudah rosak sebelum waktunya.

    Diharap pihak relevan mengambil berat permasalahan ini dan melakukan pemantauan.

    Suara Rakyat

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...