Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalan di Jangsak jadi litar lumba

    Setiap malam, gangguan bunyi kereta yang terlalu bising serta aktiviti lumba haram sering berlaku di kawasan Jangsak khususnya pada tengah malam, seolah-olah jalan di kampung ini dijadikan litar lumba.

    Bunyi ekzos kenderaan yang diubahsuai serta deruman enjin bukan sahaja mengganggu ketenteraman penduduk tetapi juga memberi kesan buruk kepada kesihatan mental kami.

    Situasi ini semakin membimbangkan kerana ia melibatkan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawa sesiapa pun. Kami, penduduk di kawasan ini, berpendapat tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani isu tersebut. Antara langkah yang dicadangkan termasuk rondaan lebih kerap, tindakan tegas dan pengawasan infrastruktur.

    Pihak berkuasa perlu meningkatkan rondaan di kawasan yang dikenal pasti sering menjadi lokasi perlumbaan haram.

    Kereta yang diubahsuai sehingga menghasilkan bunyi bising perlu disita dan mereka yang terlibat dalam aktiviti lumba haram perlu dikenakan tindakan undang-undang.

    Pemasangan kamera pengawasan seperti CCTV atau perangkap kelajuan dapat membantu memantau aktiviti ini lebih efektif.

    Kami berharap pihak berkuasa dan masyarakat bersama-sama dapat menangani masalah ini dengan serius. Saya percaya usaha bersama ini akan membantu mengembalikan ketenangan dan keselamatan bersama.

    Mr.Tanang

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda