Jalan masih serupa, tiada tindakan

Merujuk kepada surat pembaca saya yang bertajuk ‘Baik pulih segera kerosakan jalan raya’ yang disiarkan pada 13 Oktober lalu dalam akhbar Media Permata, mengenai permohonan pembaikan kerosakan jalan penghubung Kampung Masin menuju ke Kampung Parit dan Kampung Batong iaitu dari persimpangan simpang 754-43 ke Simpang 754-43-48 sehingga ke Simpang 754-43-48-56-10.

Agak menyedihkan kami sebagai penduduk di sekitar kawasan tersebut sehingga ke hari ini belum melihat atau menerima sebarang tindakan daripada pihak relevan untuk menangani permasalahan itu.

Malah jalan raya yang kami perbaiki sendiri itu mengalami kerosakan yang semakin teruk. Saya hanya mampu untuk menambal pecahan batu-bata demi kemaslahatan pengguna jalan itu. Kini keadaan jalan raya semakin teruk dan berlubang, tambahan pula keadaan jalan akan bertukar menjadi lebih becak ketika musim hujan ini.

Diharap pihak relevan segera bertindan dan melakukan pembaikan sesegera yang mungkin yang selama ini seperti diendahkan sahaja tanpa memikirkan kesejahteraan dan kebajikan pengguna.

Penduduk sekitar

Keadaan jalan raya yang semakin teruk menurut penulis. – Gambar serahan penulis