Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jalan pantai Labuan bernilai RM125.5 juta dibuka 1 Feb

    LABUAN, 10 JAN – Jalan pesisir pantai bernilai RM125.5 juta yang menghubungkan beberapa kampung dan kawasan perumahan ke pusat bandar di sini dijadualkan dibuka secara rasmi untuk pengguna jalan raya pada 1 Feb depan.

    Pengarah Jabatan Kerja Raya Labuan Ir Suhaizad Sulaiman berkata proses mewartakan jalan sepanjang 5.1 kilometer (km) dari Membedai ke Tanjung Aru itu sedang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya dan dijangka siap sebelum akhir bulan ini.

    “Projek jalan pantai itu telah siap sepenuhnya pada 23 Nov 2021 dan sedia untuk digunakan bulan depan…jalan itu mesti terlebih dahulu diwartakan sebagai jalan awam sebelum ia boleh digunakan…ini adalah penting supaya ia dapat diselenggara secara berkala,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata jalan itu akan menambah baik rangkaian perhubungan Labuan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Tun Mustapha.

    Suhaizad berkata projek itu yang mula dibina pada 19  Dis 2017 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 35 peratus pengguna jalan raya di pulau bebas cukai itu, seperti di Kampung Tanjung Aru, Nagalang, dan Kerupang 1, 2 dan 3. – Bernama

    Jalan pesisir pantai bernilai RM125.5 juta yang menghubungkan beberapa buah kampung dan kawasan kediaman ke pusat bandar Labuan dijadualkan dibuka pada 1 Februari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...