Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalan raya di atas bangunan 5 tingkat

    GAMBAR-GAMBAR dari sebuah bangunan lima tingkat di bandar Chongqing, China ini telah menjadi tular di media sosial, apabila bangunan itu mempunyai satu bumbung rata yang juga berfungsi sebagai jalan raya yang boleh dilalui oleh kenderaan.

    Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai seni bina aneh ini, Chongqing sebenarnya mempunyai reputasi seni bina dan infrastruktur yang luar biasa dan unik. Kebanyakan kawasannya berada di cerun-cerun bukit, dan oleh kerana kekurangan ruang bagi pembangunan bangunan-bangunan, para arkitek dan perancang bandar di sana terpaksa berfikir luar dari kotak bagi menghasilkan suatu penyelesaian yang sesuai. Beberapa ciptaan mereka yang terkenal termasuk sebuah persimpangan jalan raya yang luas dengan mempunyai 15 jalan masuk dalam lapan arah yang berbeza, jambatan pejalan kaki 13 tingkat dan bangunan apartmen yang terkenal di dunia yang mempunyai kereta api yang melaluinya.

    Tambahan terbaru kepada portofolio seni bina unik Chongqing ini adalah bangunan lima tingkat berbumbung teres yang juga mempunyai jalan awam satu lorong. Pemandangan yang luar biasa ini buat kali pertama disiarkan di Weibo, versi Twitter di China, baru-baru ini, dan ia telah menjadi tular dengan cepat, di mana ramai netizen mempersendakan mengenainya dan ia hanya dibina di China. Mereka mungkin betul mengenainya, tetapi siasatan kewartawanan seterusnya menunjukkan bahawa jalan bumbung ini sebenarnya mempunyai penjelasan yang sangat praktikal.

    Sebuah bangunan lima tingkat di bandar Chongqing di China ini telah menjadi tular di media sosial, apabila bangunan itu mempunyai satu bumbung rata yang juga berfungsi sebagai jalanraya yang boleh dilalui oleh kenderaan.
    Jangan tertipu dengan tingkap-tingkap yang ada di sana, yang mungkin anda sangka terdapat warga yang tinggal di dalam bangunan lima tingkat ini, namun sebenarnya ia telah dijadikan sebagai tempat letak kereta tertutup empat tingkat, di mana tingkat bawahnya dipenuhi dengan kedai-kedai pelbagai barangan.

    Akhbar Beijing Youth Daily telah mengunjungi bangunan unik ini dan berbual-bual dengan pengawal keselamatan di sana, yang mengatakan bahawa jalan itu dibina untuk membantu penduduk di sana agar sampai ke rumah mereka dengan cepat dan mudah. Bangunan lima tingkat ini dibina di pinggir bukit dan ianya sebenarnya dikhaskan bagi tempat letak kereta tertutup bagi kompleks apartmen yang tinggi melangit di bahagian sebelah bukit. Tanpa jalan raya, penduduk perlu menggunakan lif atau berjalan naik melalui beberapa tingkat jalan, dari bahagian bawah bukit hinggalah ke bangunan pangsapuri. Dengan cara ini, mereka boleh memandu kereta mereka ke bangunan kediaman dan meninggalkannya atau meletakkannya di sana.

    Dan, jangan tertipu dengan tingkap-tingkap yang ada di sana, yang mungkin anda sangka terdapat penghuni yang tinggal di dalam bangunan lima tingkat ini, namun sebenarnya ia telah dijadikan sebagai tempat letak kereta tertutup empat tingkat, di mana tingkat bawahnya dipenuhi dengan kedai-kedai pelbagai barangan.

    Selain itu, bumbungnya juga dilengkapi dengan bahan kalis kebisingan, jadi bunyi dari kereta-kereta yang dipandu di atasnya sangat sukar untuk didengari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda