Jalan susur Lebuh Raya Muara Tutong, kilometer 107 ditutup sementara

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa jalan susur ke Lebuh Raya Muara Tutong di kawasan kilometer 107 (hala Daerah Tutong) ditutup sementara bermula kelmarin (5 September) hingga 8 September ini.

JKR dalam kenyataannya menjelaskan, penutupan jalan susur berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan raya di kawasan berkenaan dapat dilaksanakan.

Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan jam 8:30 pagi dan jalan berkenaan akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan berkenaan selesai dilaksanakan.

Para pengguna jalan raya bolehlah menggunakan jalan-jalan alternatif yang berdekatan untuk melalui ke kawasan yang terlibat (rujuk rajah).

Sehubungan dengan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]